D' PUTERA INN Hotel Lumut part 2
Selepas 1 jam lebih kurang aku sampai ke hotel D' PUTERA INN. Kawan lama aku yang bernama Mohd Jeffries Ariffin telah pon berada di sana bersama anaknya comel... Dia menyerahkan resit booking tempohari.
Aku ke kaunter dan disapa mesra oleh seorang lelaki. Rupanya dia yang handle bahagian bilik2 ni semua. Teringat aku dolo, yang jaga bahagian penerimaan tu perempuan, berbudi bahasa dan berparas rupa. Tapi tak mengapalah, asal dapat bilik yang memuaskan hati...dah kira memadai. Aku bayar semua sekali, berjumlah rm180 untuk satu malam. Dia menyerahkan kunci bilik dan menunjukkan tangga untuk ke bilik yang bertingkat 2. Lift katanya dalam proses baik pulih. Dan dia memaklumkan bahawa esok time check out.
"Encik masukkan je kunci dalam kotak kunci udah"
*memang betul... tiada sapa yang berada di kaunter.. aku masukkan kunci dan terus keluar. Pelik. Resit pun tak dibagi.
Aku tidak terus ke bilik hotel tetapi keluar bersama kawan lama aku... kami menikmati hidangan tengahari di sebuah restoran mamak berhampiran simpang masuk ke Teluk Batik. Manakala wife aku dan danny, mereka, aku tinggalkan di dalam bilik hotel. Mungkin mereka nak dapatkan feel lebih awal tinggal di dalam bilik hotel baharu D' PUTERA INN Hotel Lumut.