Tak cukup dengan itu-aku dipantau oleh omputih program native speaker dan masa tu juga kastemer2 kecik aku tu demand bukan main-takleh duduk diam-satu jam tu umpama berjam2!
Habis time kerja, aku balik hantar danny kemudian ke pkg Temoh-ada taklimat guru2 tahun enam-sampai 4.30 petang kemudian aku ke sekolah semula sebab ada game persahabatan Bola baling antara sekolah aku dan sekolah jiran2 lain.
Hampir 6 petang baru aku balik ke rumah.aku cuba bertahan Tapi tak mampu-aku letakkan pala Jap-dan sedar2 dah 12 tengah malam.
Tapi bukan itu fokus utama aku..
Aku lebih terarah kepada orang rumah aku yang cover semua hal yang patut aku lakukan. Dia pergi kerja.Dia hantar danny ke kelas agama-dia ambek bapak dia dan bawak ke dewan kg pahang sebab ada pemberian voucher rm500.kemudian hantar balik.Dia ambek danny dari kelas agama.Time aku lena, dia hantar danny mengaji.
Dia juga letih seperti aku-aku tahu kerana saat ini tidurnya lena dan dengkurnya itu merupakan satu irama yang mengalunkan minda aku supaya lebih menghargai pengorbanan seorang isteri.
SKL TALKDELICIOUS!
No comments:
Post a Comment