
Oleh kerana aku dah check pagi semalam (isnin) keputusan kata tidak berjaya maka aku teruskan hidup seperti biasa-life goes on-dalam jam 11 pagi orang rumah Call kata aku berjaya ditawarkan untuk buat degree di upsi. Alhamdulillah-syukur.
1. Memang cita2 aku nak ke menara gading.-cikgu aku dulu ada sebut pasal ni dan aku bayangkan menara gading tu macam pintu gerbang masuk yang berbentuk gading gajah bertemu hujung. Aku memang naif betul time sekolah menengah-skima.
2. Aku nak tahu macammana life kat universiti ni.. Ada ke ghope macam filem ali setan tu.. Naik scrambler dan ada ogy versi baru-tapi semenjak kerap sangat le waitress panggil aku "pakcik" rasanya Takya explore dah.
3. Oleh kerana pengajian inggeris maka aku nak tau sedalam mana boleh aku pelajari bahasa ni-mesti ada benda2 baru yang boleh aku belajo lagi.
4. Dekat dengan rumah-dari tapah ke tanjung malim idak le sejauh ke kolompo atau ke penang-syukur gak tu.
5. Orang rumah gembira semasa Call aku-kegembiraannya adalah kegembiraanku juga.
6-aku akan berusaha untuk seboleh2nya menghalalkan ilmu yang aku pelajari nanti-( yang ni aku akan ceritakan setelah aku mula nanti)
7. Sebagai perangsang untuk anak aku dan juga anak orang lain iaitu kastemer2 kat sekolah tu.
8. Menyedarkan aku untuk bersyukur segala rahmatNYA..
Syukur sekali lagi dan terimakasih kepada orang rumah yang merupakan motivator aku yang Paling bermakna.
Hidup kekadang selamba
SKL TalkDelicious
3 comments:
Tahniah megat..jg diri.ingat anak isteri..keh3
tkasih ayu.....
ingat? hehe... dalam hati ada dema.......
Tahniah Yeop...sonok sambung blajor ni...macam mende baru dapat jumpa. Kejap jer 4 tahun tu ...pejam celik tengok2 dah konvo..Hidup kekadang kena upgrade sket he he. Tahniah!
Post a Comment