
Ini biji getah-bukan biji alien mahupun biji durian.
1979 time tu aku bersekolah di srk methodist tanjung rambutan-di belakang kantin time tu banyak pokok getah. So memang meriah la dengan biji getah nie.
Oleh kerana takde psp (ta wujud lagi) maka main biji getah mmg favourite aku ngan kekawan. Main tekap biji getah-sapa pecah kira kalah. Merah2 jugak la tapak tangan.Kemudian yang kreatif , pergi gosok biji getah ni Kat lantai-bila agak panas terus dengan sengaja je lekap Kat kawan2-peh melompat la jugak! Ada juga yang bijak buat lubang Kemudian dengan batang eiskrim + tali dema jadikan helikopter.. Hat helikopter ni aku sampai sekarang takleh nak wat, tak Jadi2. Susah betul pada aku.
So ahad kelmarin aku jumpa biji getah ni lalu aku explain pada danny-tapi aku tak ajar la gosok2 Kasi panas-risau dia buat Kat kawan2 dia di sekolah Nanti Jenuh aku menjawabnya.
Sekarang ni aku rasa tak ramai budak2 kenal dengan biji getah-mereka lebih kenal angry birds! bukan salah dema tapi keadaan persekitaran dah banyak berubah.
Kadang2 yang lama2 tu perlu juga!
4 comments:
yop, nie betul2 cerita retro yek, sampai 2 kali publish.:)
Tapi serius yop, teman pn main benda yag sama gak ngan biki getah nie.. Skang bebudak, biji getah pun lom tentu kenal.. kannnn..
kikiki...
tu le ghope kalo update blog pepagi benor......
kena intro kat bebudak gak bijik getah nie...
wah memang klasik...mengembalikan nostalgia zaman kecik-kecik dulu...aku dulu kadang-kadang main tipu..tebuk biji getah dan keluar isi sampai kosong..pastu cairkan lilin dalam tu...pastu konfem tak kan kalah...hehehe!
huhu.....
kreatif2....... idak terpikir nak wat camtu!!!!
Post a Comment