
Di kuala woh tapah ni juga kaya dengan tumbuh2an, macam2 jenis pokok kita boleh kenal sebab ada name tag dema tampal dan kita boleh baca2.
Sapa2 buat kajian tentang pokok2 ,serangga2 atau kenapa harga meegi cup sampai rm2.50 sedangkan air percuma Kat Sini takkan la ayor sungai REBUS sampai begitu sekali Harganya.. Bolehlah datang ke Sini.
Kalau musim petai, ada penduduk asli datang menjaja petai dema.. Harga berpatutan memandangkan bukan Senang nak manjat pokok petai -melangit tingginya-aku pernah tengok dema manjat-ngeri makcik.. Pakcik.. Takleh bayangkan-dan sebab tu aku tak berapa makan petai mengenangkan kepayahan mendapatkannya.
Di kuala woh, ada chalet, surau serta facility lain-so takde masalah. Cumanya makin hari makin penuh dengan orang-ramai dah tahu nikmat mandi sungai berbanding kolam mandi.
Jambatan gantung ada di Sini dalam keadaan baik cuma aku perasan ada satu lapik lantai kayu dah terkopak.. Masuk ni dah 2 minggu tak berganti.. Mungkin pihak yang berwajib tunggu peruntukan yang ke 78 baru nak ganti kot-ataupun memang stail kita macam tu.. Tunggu sapa2 Udah terlepas ke bawah baru berakal!
Ada beberapa tempat airnya agak panas2 suam sebab ada belerang Kat lapisan bawah pasir Jadi boleh le berendam ala2 jakuzi..ada satu tempat tu siap berbumbung dan ada kolam air panas yang ada tulis peringatan jangan berendam sebab kolam belum siap ubahsuai, dah dekat setahun-mungkin 8 tahun lagi siap le tu-kita kena faham , wang rakyat bukan semudah itu nak dibelanjakan.
Tempat parking luas -boleh parking dengan selesa-tapi seelok2nya time parking , pandang2 le ke atas-pokok2 Kat Sini sebelum perjanjian inggeris belanda dah wujud.
Kekuatan mengatasi kelemahan-kuala woh memang Sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga,aktiviti Sekolah,meluahkan perasaan cinta dan kejujuran-kawasan hijau yang terbentang membolehkan pelbagai aktiviti dijalankan-buat kapel2 yang nak berasmara dana-tidak dibenarkan sama sekali sebab memang takleh-sendiri Mau ingat-lagipun mana tau Esok2 video korang kuar Kat tenet, camne nak padam!
Sekiranya ke tanah rata melalui jalan lama (jalan pahang) singgah2 sebentar di Sini.
Setakat ini sahaja yang boleh kongsi-mau tau lagi? Datanglah sendiri ye!