
Setelah parents aku bercerai dalam tahun 1978/79 aku tak pernah jumpa adik aku lagi... kami dua beradik, dia perempuan.
Aku tak pasti apa niat arwah bapak aku tukarkan namanya dari puteri kepada siti... jenuh juga nak trace, tapi mmg tak dapat..
Tiba2 dalam 2001 aku dapat jumpa adik aku... dah 22 tahun terpisah, mmg aku tak cam. Dia dah bekelurga, anak seorang...kawin dengan askar.
Dia excited jumpa aku, dan aku keliru.. tak pasti samada excited ataupun aku anggap macam biasa kerana aku mmg besar_hidup_survive seorang... aku tak tau macammana rasanya hidup adik beradik... total zero, malahan ngan anak sendiri pun aku masih belajar memahami perasaannya.
Hidup aku tidak berebut, bersaing pun idak... semua untuk aku sendiri...mujor le aku ada jodoh, dapat juga aku belajar memahami perasaaan insan lain, orang rumah...
Setelah hampir 3 tahun lost kontek ngan adik aku (sekali lagi), aku difahamkan mereka telah bercerai... dan 21 hb sept nie adik aku akan berada di kucing bagi menyelesaikan urusan penceraiaannya... aku tak dapat nak buat apa2 sebab aku dah mula terlibat dalam satu urusan kerja yang sangat penting.
Tadi dia call aku selepas terjumpa nama dan kontek number di internet.. hubungan kami diupdate semula...
Kini aku dah ada adik semula, dan aku merupakan satu2nya wali bagi dirinya setelah bertemu pasangan lain sebagai pengganti.
Aku mengharapkan kehidupannya akan lebih baik dari dahulu.... darah kami sama.... walaupun ais kiub diblender!
tangan tang dada,
mata pandang atas...
Sire Kulop Ludin!
1 comment:
salam aidilfitri
Post a Comment