
Hari ni 14/8/2011 merupakan hari lahir aku... pejam2 celik udah 39 tahun aku kat planet earth... dah banyak angka tu dan tak lama lagi cecah le 40....
Ramai member2 tak berapa percaya usia aku camtu, ada yang kata rupa nampak macam awal 30an.... ahakz... itu 10 tahun dolo!
10 tahun dolo aku single... kemdian kini aku dah ada isteri dan sorang anak... ada gak member2 tanya soalan bodo yang bercepu emas... "tak endak tambah anak lagi ke?" Huhu... nak je aku sumbat tapak kasut bata dalam mulot dema.... mesti la aku nak... mesra tak bertempat kawan2 aku tu...sungguh!
Sungguhpon aku nampak muda..ehem2.. tapi binaan tetap ngikot usia... tenaga tak secargas dolo... lupa pun dah mula bertandang...ini jelas kerana tiap2 bulan pasti bil2 astro/tmnet/kredit kad dan macam2 lagi tersumbat dalam letter box, ini menunjukkan ada pihak lain bersungguh2 nak ingatkan aku... tkasih..
Tahun ni aku tak belikan apa2 untuk hadiah besday aku... tapi dalam hati aku teringin nak ganti henset.. aku nak iphone4.... masalah juga, sebab aku dah ada... nokia n8, motorola milestone, huawei ideos s7, satio pon ada... sedangkan nombor utama satu je! Takpe le, sekarang ni bior aku fokus keperluan dari kehendak... itu yang penting...... ( termasukla anak dan orang rumah aku )
Masa aku awal 20 an, aku tertanya2 macammana rasa kalau dah 30... kemudian aku melewati angka tersebut.. kini aku tertanya lagi.... macammana rasanya, bila usia dah cecah 40!
Selamat berpuasa hari ke 14 dan selamat hari lahir buat aku juga... em.. esok bukak ke kedai henset tuh... ahakz!
No comments:
Post a Comment