
satu malaya kenal mereka. dari yang kecik sampaila besar. semua terhibur... suasana kampung, permainan tradisional, penerapan akhlak mulia dan berteraskan hubungan satu malaysia. namun, aku tersentuh kerana mereka membesar tanpa ibubapa. tak merasa bagaimana mengucup tangan memohon kemaafan di pagi raya... perlahan2 mereka akan terasa kekurangan tersebut apabila satu waktu nanti bila di sekolah, ada time buat karangan bertemakan keluarga saya pasti akan ada ruang kosong di situ.. Sebab itu, berdasarkan pengalaman.... aku jarang menggunakan tajuk2 yang spesifik menjurus kepada keluarga. Biasanya aku akan ubah cikit.. daripada ayah/ibu aku tukarkan kepada insan yang disayangi....ini akan memudahkan budak2 yang takde lagi ibubapa. camne dema nak ceritakan pengalaman bersama ibubapa yang mmg dah takde.... Kadang2 pengesahan satu2 borang perlukan tandatangan ibubapa dan tak ditulis penjaga maka ianya memeningkan...aku tau sebab aku pernah mengalaminya dolo.... Kadang2 aku terpaksa cerita panjang lebar kenapa aku tinggal ngan opah aku... Upin dan ipin sebenarnya adalah satu hasil seni halus yang digarap melalui pengalaman individu.... melihat beradik kembar nie ceria sepanjang masa secara tak langsung mengingatkan aku kepada diri aku sendiri. hidup kekadang selamba. Kulop Ludin
No comments:
Post a Comment