
let the outingvacation begins..
spenda pintal getah blog yang aku suka apa yang aku suka cakap. kalau dah payah nak dapat spenda... biarlah aku berselampit! HIDUP KEKADANG SELAMBA!
let the outingvacation begins..
excited as usual!
tengah nunggu boat jam 4.
tengah nunggu time gunting.. Aku takleh rambut panjang..sebab tak nampak muda!
lepas wat kelas tambahan, aku gi serbis kete... wat2 apa patot sebab esok nak drive sampai kuala perlis untuk outing vacation ke langkawi...... punye le lama aku kat situ... hampir 3 jam semata2 nak wat alinmen ngan basuh2 ckit.... sampai kramp kaki aku, langsung aku gi masat tapak kaki! la ni, tengah mikir apa nak dibawak.... banyak beg, berat lak nanti!
kadang2 kat fb... post aku melampau2.. kikiki! tapi apa yang aku tulis tak membayangkan perasaan sebenar sebabnya di fb aku tidak gemar siyes2... tidak berpolitik.. aku guna fb untuk berkenalan ngan jurugambar terbaik macam saiful nang, wazari wazir, harris hamdan dan kulop ludim ( sekadar nyebut beberapa nama) jadi banyak aku belajor... selebihnya aku sosial ngan kawan serta park gambor2 aku... oleh itu aku yakin dengan hati bertaman nie , aku sentiasa letak insan dalam gambar nie sebagai penghuni tetap jiwa aku... hidup kekadang selamba. KulopLudin *sesapa nak add aku kat fb, klik kat siggy tu yea... oleh kerana aku agak memilih untuk add fren.... keutamaan pada pempuan,lawo...takde bulu kaki ngan halkom! kikiki!
dolo masa aku ingat takleh kawin sbb takde awek, aku dah plan nak beli moto besor....aku pilih jenih easyrider... handle tinggi... aku bayangkan pakei jeket, spek mata itam.. simpan misei ngan jambang... bila cuti sekolah, aku akan ronda.. tanpa tujuan just free and easy... if i see any junctions, ill make a turn and venture the path.. mix with the locals..and get to know them better... then i realised, those time with rm600 that bestowed upon me... it was a mere dream...totally unaffordable.... and the option left for me was a honda ex5! darn, still i had to fork out 2k for the downpayment! what a rascal capatalism! later, aih... tertaip omputih lak... kemdian kuor le moto jaguh... peh, macam motobesor dengan harga yang rendah... aku dah ringan nak sambor tapi terpikir lak... kalau la aku tengah2 bawak hway, tiba2 lalu geng2 eazyrider, slow2 je sbelah aku.. sambil tu pandang2 kat aku dan berkata " besor moto bang" peh.... kat mana aku nak larik sorok muka? so aku kensel hasrat nak pakai jaguh.... kini tiap kali aku tengok moto2 besor nie... teringat kembali impian aku nak kembara satu malaya sambil nyanyi lagu ukiran jiwa...... hidup kekadang dream..... kulop ludin. *yang mampu ada la nie, moto kris je! kikiki!
ramai pulak yang order, kata dema2.. elok untuk hilangkan pening kepala......
penghujung bulan februari, aku ada hantar satu gambar ke penerbit majalah ni.. untuk keluaran sulung! so, aku try2 mana tau dema berkenan... di fb, aku tengok ramai yang submit... hebat2 gambor dema....makin lama makin kecik lak aku rasa badan nie.... kemudian, penerbit tu antor email.. kata gambar aku shortlisted.... aku rasa ada chance kot.... kemudian dalam bulan 4, majalah tu terbit, aperture ... em, aku agak tak terpilih le tu... sbb takde dapat apa2 info...lagipon aku cari2... majalah ni takde kat tapah! hampeh..... hampir 2 bulan... kat fb, member ucap tahniah sbb katanya ada nama aku dalam majalah aperture ! uit... terkesima aku! so, dengan group malaysia alphanatic clique di fb ,aku tanya... kot2 ada orang beli majalah tu dan mintak check.. huhuhu! kompom mmg betul aperture pilih gambar hasil tangan aku! dah tu aperture letak gambar tu besor2! gambar orang rumah ngan anak aku sedang tunjuk2 ke langit... aku cuba apply kan pembahagian 2/3, iaitu 2 bahagian menceritakan keindahan background manakala 1/3 lagi untuk subject .... danny sedang snap gambar layang2 kat atas manakala orang umah tengah tunjuk2 layang2 tersebut... spontaneous, tak dirancang.. disebabkan aku mengadap sunset maka wujud imej siluwet... dan aku biarkan sedikit imej matahari tu sbb nak nunjukkan bahawa time tu sunset.... aku guna kamera sony dslr a380 dengan lens baru beli.. belinya sehari sebelum aku ke teluk batik... sony 18-250 harga time tu rm1999! aku rasa puas, sebab ini kali pertama gambar aku dapat 1malaysia tengok.... kecuali tapah kot! kikiki! rasa sangat gembira! agaknya macam tu le siti nurhaliza rasa tiap kali dapat award! aku tag ramai kawan fb pasal gambar ni, bukan nak menunjuk2 tapi nak kongsi sama petasaan aku ( pada masa yang sama nak bakor gak!) kikiki! ok lah... nanti aku share apa le aperture nak hadiahkan aku sbb dalam email mintak alamat nak postkan sumting ... "aku cuma tukang tangkap gambor) kulop ludin!
pc fair ipoh baru2 ni member aku dah tangkap satu set macam samsung tabby... dezibel namanya... harga rm999.... android.... kaler itam.... cool..... aku ke sana jugak, dan aku nampak set tu! hati debar2, terasa nak rembat.... kebetulan aku berdua ngan kawan jadi aku rasa bisikan2 suruh aku beli tu mesti bisikan2 napsu jahat! kompom! tapi aku cuba baikkan napsu tu dengan menabung.... sehari 5 hengget cukop.... 365 hari, aku dah boleh rembat ipad3 ( aku estimatekan dalam 365 hari, akan kuor pulak ipad3!) atau paling2 lekeh, ipad2! tu pon kalau aku tak miss sehari dua menabung..... seronok rupanya menabung untuk mendapatkan sesuatu, feelnya lain ckit! contohnya, holiday kat siam aritu pun guna duit tabungvacation... kali ke langkawi pun sama...... takde le memikir sumber sangat sebab dah sedia awal..... so, dengan penuh semangat aku nak simpan 5 hengget sehari untuk ipad....10 hengget untuk outingvacation,10 hengget untuk lens sony 70200G f2.8 (5 tahun baru cukup untuk beli-pensan) dan mulai esok... aku nak berjimat cermat.... roti , aku kongsi separuh2 ngan danny! tapi aku harap tidak la tergoda dengan masakan makcik kantin......... hidup kekadang menabung.... Kulop Ludin!
minggu lepas... aku beli bola nie... so aku main ngan danny, kemudian aku tido... lama tak menendang... cepat letihnya.... jadi danny main jap sorang2.... lepes tu, dia pon nak rehat bersama aku kat bilik... tak lama kemudian dia pon keluar bilik..... BOLA TU HILANG! sedangkan pada masa tu cuma pintu sliding je terbuka..dan betul2 dekat pintu tu, orang umah aku dan opah tengah story2.... dalam rumah cuma ada aku,danny,orang umah dan opah aku... pintu belakang tutup...maka nak keluar masuk, mesti melalui pintu depan...... Bola tu besar, kalau begolek keluar...pasti opah dan orang umah nampak! Jenuh kami cari,mmg tak jumpa....... sampai ke dapur...melangkau pemikiran rasional.... 1 minggu aku pikirkan ke mana dan macammana bola besor tu boleh HILANG tanpa jejak! hidup kekadang mistik. Kulop Ludin
esoknya aku ke pekan tanjung, aku dan orang jalan berdua sebab danny dah ikot toknye makan roti canei di batu 8. aku beli belon besor nie... harganyaa rm10..... (terkiki, bola tu mungkin pecah) Bola ni dah aku beli kali 2! dalam masa 2 minggu.... ada sebab kenapa aku beli lagi!
minggu ni aku balik kg... macam biasa aku akan lepak minum di kedai mamak tambun bersama ejan... kawan kecik sampai la skarang, dah 30 tahun kami berkawan.... so aku order roti tisu, dalam pala... biasanya tinggi roti tisu dalam sekaki jea.... Tapi yang sampai 1 meter! entah apa kena ngan mamak tu! orang semua pandang kat meja kami.... Harganya cuma rm3.50 jea... kikiki! aku rasa mungkin sebab aku ada kenyit mata kat mamak tu...dan mungkin dia bersemangat! Hidup kekadang selamba, Kulop ludin.
Reactions: |
la ni aku amalkan makan sebelum kul 7 malam..... ni adalah kerana aku dalam peroses nak mengurangkan ukurlilit pinggang.... di samping itu juga aku tengah minum greenlife/ greenlite.. entah mana satu ejaan yang betul... so, rajin le aku ke ayor! tapi best sebab pada masa yang sama dapat kurangkan gastrik! ironiknya.......pepagi udah lapor le pulak......dan makan pagi dah macam tengahari! hidup kekadang selamba.... Kulop Ludin!
semua kalau boleh nak anak cemerlang dalam pelajaran.... ukurannya A! A segala2nya..... tapi hakikatnya ada diantara anak tersebut mmg tak terjangkau impian ibubapa. Fitrahnya, setiap manusia ada kekuatan masing2. Untuk anak2, dalam usia 8 tahun sepatutnya dah boleh membaca sukukata yang mudah2...dan mampu untuk kenal huruf sekurang2nya... jika ada anak kita yang masih gagal untuk menepati kriteria sedemikian, bantu2lah mereka. Aku suka murid2 yang dianggap stok2 tak berapa pandai kerana berasa puas betul setiap kali mereka lulus dalam matapelajaran yang ramai gerun.....Bahasa Inggeris..
selain daripada jadi s/ u, aku juga jadi pototaker majlis sambutan ni... so ada le excuse dari berambat kat padang. Tambahan pula lutot aku pun jenih sekehen so berambat tu tak berapa digalakkan. Ini adalah sambutan kedua aku di sini dan aku dapati dalam setahun ni agak ketara kualiti gambar yang aku tangkap...semakin baik.. mungkin tahun depan ianya akan jadi lebih baik lagi!
kami main bola besor, rm10.... boleh le kuor2 peloh...... weekdays mmg aku spend kualiti taim ngan danny.... masa aku sebaya dia....aku tak pernah spent kualiti taim ngan bapak aku... aku dah takde bapak....... so, aku tak endak danny membesar macam tu..... sapa pun taknak....
pagi tadi aku tengok opah aku duduk layan feel ateh kerusi roda, kebetulan ada satu lagi kerusi roda kosong,so aku layan feel sebelahnya. Opah bercerita tentang silamnya, jerihnya membesarkan anak2... airmatanya dah kering. Kemudian, aku ke rumah mak sedara aku... aku story2 keadaan opah dengan harapan mereka akan faham... Tak pernah aku "bahasakan" mak sedara aku kerana aku dah didik supaya menghormati orang yang lebih dewasa daripada aku..tapi aku berkias2, rasanya mak sedara aku faham. Katanya, dia akan ziarah opah... Samada itu akan terjadi, aku tak pasti tapi yang nyata..aku telah menjalankan tugas aku sebagai cucu yang paling tua dalam famili.... Aku ni umpama anak yang paling bongsu dalam keluarga...so, suara aku tak berapa kedengaran..........
opah aku semakin uzur... balik kali ini, benar2 merisaukan aku.....dia asyik baring dqn tak mampu untuk bergerak seperti biasa. aku dah pujuk untuk dia tinggal bersama aku tapi dia taknak.... masih mengharapkan anak2 nye yang pelawa tapi majoriti tak semawa langsung.... padahal rumah masing2 dekat jea.... Aku tak pasti mengapa dema sanggup tak jenguk mak dema berbulan2.... apa le salah opah aku... esok, aku akan pulang ke tapah... aku tak pasti macammana le opah aku akan survive...setelah banyak kali dia terjatuh akibat tergelincir..... aku yakin.....satu hari nanti, anak2nya akan rasa apa yang opahku rasa....... dan aku yakin aku mampu untuk senyum sinis kerana aku tahu, siapa diri mereka sebenar. Aku berharap, anak aku tidak mencontohi mereka....
posted from Bloggeroid
hari ni Anak aku dan menantu kami akan menduduki pksr1. Harap2 keputusan mereka berdua akan lebih baik berbanding sebelum ini.
posted from Bloggeroid
hari sabtu aku mancing di chenderiang.tempatnya Kat dalam sana.-tak pernah aku sampai. Berdua dengan rakan sekerja.
oleh kerana tempat tu terpencil maka aku Bawak moto-dan moto aku dah hampir setengah tahun tak setat-lupa-dan oleh itu menitik2 peluh jantan taim aku nak kasik moto aku bernafas semula.
kali ni mancing sungai-aku lemah betul sebab aku tak pandai nak agak2 time bila ikan tu makan.
selama 3 jam aku tunggu aku.-sekor ikan pun tak naik-sedangkan membe aku tu dapat naikkan 5 ekor. Lagi bertambah panas!
last time balik aku singgah capati corner-bungkus 5 keping. Puas hati!
hidup kena bersabar
kulop ludin
buat isteri tercinta dari kami...
hadiah.. ujung bulan le yea.. tengah kering nie!!
hujung bulan ni cuti sekolah-dan time cuti sekolah nie le aku boleh jalan2 tenangkan fikiran bersama orang umah dan Anak.
cadangan awal aku nak outingvacation Kat teluk batik-dekat. Murah dan tepi laut. Tapi orang rumah bagi cadangan apakata ke langkawi.Em-betul juga.-alang2 cuti ..-bior merasa jalan jauh sikit-so aku buat tempahan online.
aku pilih bayview hotel.-aku dah Try 2 kali dan aku berkenan.. Setelah Klik kompom.-transaksi pun diterima.. Baru aku perasan.-aku dah terlebih 1 hari.-jadi 3 hari bermalam di sana-patut le rasa tinggi Harganya-ini kerana aku terlepas pandang 31 mei!
oleh kerana aku baru belanja2 time ke haadyai dulu maka bajet ada kering sikit.-untuk selesaikan masalah ni maka aku bercadang nak bank in syiling Kat dalam bilik tu.. Ada le dalam 7/8 kilo.. Ataupun last usaha.. Aku nak gadai seluar katik lama aku.. Dapat le bayar duit sewa kereta Nanti..
la ni biar aku nap jap.. memikior sambil bermimpi camne nak cekau duit..
*lengan atas dahi.
kulop ludin
time nie aku dah mula terasa berdenyut2 Kat betis.. Tapi aku posing gak!
Anak dan mak tengah berposing Kat papan tanda bertulis selamat datang.
kami dibawa ke pantai ni.. Ramai orang-macam2 aktiviti.. Jualan makanan pun power2 cuma aku takleh nak makan je..
ada le binaan ikan duyung dan ramai bergambar Kat situ.. Aku takleh nak bergambar kerana lepas ni.. Tak semena2 kaki aku cramp.. Dua2 belah sekaligus.. Tak dapat nak gambar betapa sakitnya aku taim tu.. Seksa nak bergerak..
ramai manusia Kat Sini-berbas2.. Aku beli kacang gajus-sedap-harga pun murah berbanding tempat
stop Kat Sini-aku belikan madu untuk bapak mertuaku-leh tahan Harganya-tapi madu memang Best
sedang menunggu border pass dicop kali pertama.
dah ada dalam kawasan siam... Otw ke hadyai
Reactions: |