
sedang aku bergambar bersama danny, rupa2nya pada masa yang sama ada seorang kanak2 lelaki berusia 5 tahun terjatuh dari tingkat tiga.. Jarak antara aku ngan dia lebih kurang 20 meter.. Aku tak perasan langsung. Cuma bila tiba ambulan barulah aku tahu kes tersebut..
aku difahamkan ada guru lain yang bawa budak terus tu hospital tapah memandangkan keadaannya yang kritikal.. Darah mula keluar ikut telinga, mungkin impak pada bahagian kepala..
keadaan berubah dari ceria kepada masing2 kelihatan sugul dan Terkejut-kelihatan linangan airmata beberapa orang penghuni kuarters-aku terdiam kerana aku mengenali keluarga tersebut. Ayahnya seorang guru manakala ibunya adalah surirumah sepenuh masa-danny pernah aku hantar tusen dengan ibu budak tersebut kerana dia mempunyai kemahiran mengajar bahasa inggeris menggunakan teknik mentosorri ( entah betul ke idak ejaan tu).
aktiviti hari keluarga ditunda ke hari lain kerana tidak ada seorang pun yang dapat fokus dengan betul pada petang tersebut-malahan aku pun tak berapa ada mood nak snap gambar seperti dirancang-cumanya aktiviti makan malam bersama terpaksa diteruskan juga kerana banyak bahan2 telah dikumpul.
tak dapat aku bayangkan betapa Terkejut dan sedihnya keluarga mangsa..dan andaikata aku ke sana sikit time tu pasti aku akan cuba sambut budak tu daripada terhempas terus ke lantai..
hidup kekadang diduga
kulop ludin
ps: berita sehingga tengahari tadi, budak tu masih dalam keadaan kritikal (hospital besar ipoh)
2 comments:
harapnya yang baik2 sahaja..insyaALLAH
yup.. terkini.. darah beku telah berjaya dikeluarkan....
Post a Comment