
pagi tadi dalam jam 10 lebih aku ke sekolah cina Kat temoh. Ada pelancaran karnival kesihatan oleh raja muda perak..
orang rumah teringin nak tengok secara langsung raja muda dan familinya tapi yang hadir cuma raja muda Sorang je-kira ok gak sebab orang umah tak pernah tengok raja muda nie.
aku macam biasa cuba untuk snap potret diraja walaupun ramai tukang gambar berebut2 mencari angle yang paling baik.-aku takleh nak nyelit lagi dah.. Mana yang sempat, aku gitu2 jea..
macam2 aktiviti dijalankan.. Dari derma darah sampai kepada check darah.-aku nak derma darah tapi rasanya darah aku banyak gula sebab sebelum sampai aku dah pekena 2 keping roti canai dan teh ais.-rasanya tak manis derma darah skali ngan manisan yang ada dalam tu..
orang ramai kelihatan puas-ada yang datang ngan bas charted-jalan kaki.merata ceruk sampai .. Macam2 jenis solekan.bau2an boleh aku lihat dan hidu.
apabila tahap nikotin jatuh ke kritikal, aku cari port untuk ngecas.. Kebetulan ada satu unker cina sama matlamat ngan aku.. Dia pun berkata:
"pilihanraya sudah dekat"
aku rasa aku paham apa yang unker tu maksudkan tapi aku tak kisah kerana..
hidup kekadang selamba
kulop ludin
No comments:
Post a Comment