
Esok hari lahir danny, aku masih ingat taim dia nak lahir.. Hari ahad.. Antara jam 10-11 pagi aku dah Bawak orang rumah ke hospital tapah dan macam biasa tapah akan suruh hantar ke teluk intan.. Macam2 alasan dema bagi.. Malas aku nak cakap banyak..
seeloknya sampai hospital teluk intan , danny pun lahir.. Kata orang rumah semasa dalam ambulan misi tu mintak orang rumah tahan ckit .. Masa tu jalan ke teluk intan mmg melantun2.. Ikutkan hati memang taknak hospital kerajaan nie.. Elok hantor ke hospital swasta.. Tapi masa tu aku takde pengalaman.. Tak gheti nak ejas banyak perkara...
dua kali aku pergi balik teluk intan - tapah.. Last2 hampir aku cramp taim drive balik dan mujor le takde apa2 terjadi.. Idak kalu entah mana hala aku landing Nanti. Sampai2 umah.. Pasang kipas terus lena sampai ke pagi.. Letih sangat...
tiba masa nak daftar nama anak, aku pilih nama megat mohamad daniel Kemudian aku nak tambah ckit lagi tapi orang kata panjang sangat Nanti Susah nak isi form.. So, aku setuju.. Aku nak tambah ckit jea ujungnya.. reyes.. Megat mohamad daniel reyes, Hehe taim tu reyes main ngan arsenal .. So minat tul style dia main ( mujor idak bubuh nama tu)
cepat betul masa berlalu .. Dah 7 tahun danny bersama kami.. Susah senang kami bersama.. Tapi tau ke dia istilah Susah tu? Yang aku pasti setat umur 7 tahun dah makin banyak perkara yang perlu aku muhasabahkan kerana dia mula belajar hakikat hidup melalui pengamatan tingkah laku insan yang terdekat...
hidup kena berubah
kulop ludin
No comments:
Post a Comment