
Isnin, adalah hari yang paling aku ingati..
Julung2 kalinya anak aku ke sekolah bersamaku malahan hari pertama juga dia mengenaliku sebagai "sir" yang selama ini cukup payah dia nak terima bapaknya adalah sama level dengan guru Pra yang disanjung2…
Apabila tiba waktu aku masuk ke kelas, aku cuba untuk menyamaratakan semua murid2 walaupun mata aku sering mencuri2 hala pandang ke arahnya...
Danny seakan2 faham bahawa seperti yang telah aku dan orang rumah maklumkan bahawa di sekolah aku adalah sir dan bukan Bapak seperti di rumah.
Ternyata dia masih belum dapat memanggilku sir, mungkin janggal agaknya...
Aku akan berjumpanya sekali dalam seminggu... dan aku menunggu saat2 anakku memanggilku "sir"
Bagaimanalah rasaya.....
Life as is…
Kulop Ludin™
2 comments:
Pasti si anak kekok di peringkat awal utk memanggil gelaran 'sir' atau 'cikgu' utk mak dan bapaknya..
~ Kelu lidah gamaknya.....
hehe, gitu le gamaknye mike....
teman pon kelu gak membahasakan diri sir pada anak!!
Post a Comment