
berapa lama le danny ngan toy nye leh bertahan...
spenda pintal getah blog yang aku suka apa yang aku suka cakap. kalau dah payah nak dapat spenda... biarlah aku berselampit! HIDUP KEKADANG SELAMBA!
berapa lama le danny ngan toy nye leh bertahan...
setelah hampir beberapa bulan akhirnya dapat juga danny kumpul 25 stamps untuk tebus disney toy kegemarannya...
dipilihnya chip tupai tu ada la gigi sebatang.. Tapi dapatnya kena tambah rm39.90 sen gak.. Lebih kurang macam beli jugak.. Tapi hat ni original... Kata guardian la.. Kalau nak free.. Stamps kena kumpul sampai 60 keping..
tak mampu nak tunggu sebab tarikh akhirnya 23 februari ni..
lepas apa lagi le dia nak kumpul.. Sedap2 dia memeluknya sedap lagi bapaknya membayor!
hidup kekadang selamba
kulop ludin
usia yang bakal mencecah 40 menjadikan aku terasa lebih sensitif..
apabila aku perhatikan isteriku memilih2 ayam untuk dijadikan hidangan kami bertiga , aku dapati dia memilihnya dengan teliti.. Setiap potongan dibelek.. Dipilih yang terbaik kerana kasih sayangnya pada Anak dan suami..
kadang2 aku terpikir apa yang ada padaku to deserve someone special like her...
insan inilah yang paling aku sayang... Walaupun kat luar sana tu menjerit2 memanggil namaku "abe kulop2" tapi tak mungkin hati ni akan goyah..getar.. Ini adalah kerana bukan mudah untuk aku berkata "cinta jika hati tak tersentuh"
kini aku faham kenapa adanya taj mahal.
hidup bukan kekadang cinta
kulop ludin
p/s ayang, esok masak ayam masak kicap.. Sedap betoi!
hari ni aku le tesco kampar.. Sebab ration dah habis.. Terutama kopi dan susu cair kotak mesti kena ada dalam eisbok.. Senang aku nak bancuh sendiri.-selepas kuota bancuhan orang rumah aku habis..
seperti biasa taim dekat nak tahun baru cina nie.. Offer habis2an.. Dari tibi lcd sampai le tuak.. Semua ada offer..
oleh kerana tahun ni aku bercadang nak beli bmw Jadi Kat lantai tesco penuh le dengan ayor lior aku yang menitik2 disebabkan konsep tengok boleh beli jangan!
beli barang gitu2 pun dah nak cecah hampir 3 ratus.. Kekadang aku belek2 gak duit kertas nie.. Ada ke cop daun pisang? mengamalkan konsep keselamatan Jadi aku jarang bawa duit banyak2.. Sebaliknya bawa kad banyak2 so kali ni bayor pakai kad je lah.. Tak yah berat poket seluar ngan siling2.. Takut nanti aku terlupa nak keluarkan taim orang rumah nak basuh seluar tu.. Rosak nanti washing machine sapa nak ganti? Aku jugak....
hidup kekadang selamba
kulop ludin
patut le rasa kuat!
lama dah tinggal game nie.. Mungkin nampak biasa tapi kesan game2 macam ni kekal sampai bila2.. Main getah, laga biji getah,kondang kodi,galah panjang..
tapi la nie semua ke game konsol... Masuk je cd..layan.. Dreaming... Kecik2 dah diajar dreaming...
anak aku khusuk, mesti dia nak try.. Nanti le aku belikan aiskrim lepas dia baik dari batuk2 dan sesema...
hidup penuh kenangan
Kulop Ludin
balik2 umah danny terus mintak instructions nak buat paper bag origami..
agaknye tak puashati taim skolah tadi kut!
lega buat satu minggu.. tercapai objektif nak ajor pelanggan2 aku origami paper basket...
tiap kali hari isnin, masa akhir paling seronok melayan pelanggan2 yg kecik2 tapi bertenaga.. Mau habis separuh botol air dibuatnya...
sepanjang berbelas tahun aku dibidang nie, boleh dikatakan ini kali pertama aku ajar origami sbb aku tak berapa faham nikmat melipat2 kertas melainkan melipat wang kertas!
minggu depan aku nak cuba lagi sebab nak kukuhkan lagi skill2 pelanggan aku...
anak aku pun tak sangka yang bapaknye berorigami..last2 baru dia sibuk nak melipat...
kecil tapi besar
hidup kekadang selamba
Kulop Ludin
baru lepas mandi.. Orang rumah dan opah aku cukup larang mandi lewat2 ni sebab takut paru2 berair.. Tapi nak wat camne panas dan melekit2 rasa badan nie.. Aku ingat badak berendam Kat zoo taiping tu pun tak berani kuor dari kolamnya takut sunburn...
biasanya ahad aku akan lewat ckit tido sebab aku ambil masa untuk merancang aktiviti pengajaran esok.. Aku kena tunggu Anak aku tido dulu.. Sebab salah seorang pelanggan aku adalah Anak aku sendiri Jadi hilang le thrill kalau dia tahu apa yang aku nak ajar esok..
oleh kerana Anak aku gemor ngan artzooka Jadi aku terpaksa memikirkan aktiviti seni yang lebih mencabar tetapi ringan dan dapat difahami pelanggan 2 kecik aku..
origami.. Esok dema akan aku ajar seni lipatan.. Yang aku jenuh melayari satu dunia demi mencari aktiviti seni origami yang sesuai.. Yang mana origami yang aku tau.wat kapal terbang ngan kapal laut . . Aku rasa bebudak tu memang dah handal..
entah macammana Esoknya mampu ke pelanggan2 aku buat..
mendidik lebih sukar daripada mengajar!
kulop ludin
spenda pintal getah
perjuangan lagi 17 tahun baru selesai!
kulop ludin
semenjak aku guna nik nokia dan motorola milestone.. Aku update blog guna hset jea...
aku guna pixelpipe.. Kalau guna android lagi cepat dari nokia n8 tapi gambor cantik lagi nokia n8 walaupun bukan android..
android pada aku, connect ke internet mmg mantap.. Laju jea... Broadband pun ok.. So far... Aku suka android.. Tapi ada sesetengah aplikasinya running background kalau kita tak sedar..
tau2 kredit dah clear.. Jadi aku guna APNdroid untuk stop running samada gprs,edge atau 3g.. Tapi ngan celcom, program ni takleh tahan gak kekuatan backgroundnye.. Abih gak kredit celcom aku..
kini orang dok cete pasal tabby.. Pada aku, agak besor dan mungkin kurang sesuai.. Kalau jadi along ok kut.. Senang nak trace akaun..
tapi kalau2 nokia atau sony keluarkan tabby ngan kekuatan camera.. Mgkin hati aku akan terpaut.. Mungkin..
hidup kena merasa
kulop ludin
aku pun ada keinginan nak pakei kete mewah2 tapi tak mampu... Yang ada kancil sekor ni..tu yang belasah ke sana ke mari.
pakai kancil, senang nak parking.. Tapi masalahnye orang tak nampak.. Selalu sangat aku kena ngelak kete dari depan..
tapi aku bersyukur sbb danny dan emaknye masih lagi boleh terima..
andaikata aku mampu, dah lama aku beli felari 2 buah...
1 untuk aku dan 1 lagi untuk orang umah..
kekadang aku tertanya2.. Macammana rasanye jadi orang kaya ni?
hidup kekadang selamba
kulopt ludin
oleh kerana tak ke mana2 hari ni orang rumah aku mengira duit siling yang kami campak dalam satu bekas .. Biasanya aku yang rajin campak merata2..
banyak jugak rupanya tapi tak sampaila 70k macam orang kutip Kat highway hari tu..
seperti yang aku ceritakan dulu.. Tahun ni aku cuba untuk membeli sebuah bmw ataupun viva.. Jadi duit ni aku nak kumpul2 lagi..
ada lagi lebih kurang 69,970 yang perlu aku campak tiap kali aku clear kan poket seluar...
hidup kekadang selamba
kulop ludin
aku suka mengadu kesihatan kat klinik razi sebab tuan doktor itu sangat pandai merawat pesakitnya...
kiranya dah macam "family doctor"
abang misai sempat melemparkan pandangan serta beberapa titis senyuman kepadaku, apabila mereka ternampak aku berdiri betul2 di hadapan klinik razi sambil...
"menembak" beberapa keping felem..
aku ke tapah.. Bawa danny ke klinik razi..
oleh kerana tapah pesat membangun maka untuk cari tempat meletak kereta bukan satu perkara mudah melainkan kalau letak sesukahati..
jadi dengan hati yang suka aku pun parking mengikut saiz kancil aku.. Tak lama Kemudian datang 2 lembaga lengkap beruniform.. Segak bergaya..
dema pandang2 jeling2 pegang2 tekan2 mesin Kat tangan dema..
pendek cerita..:) aku kena saman...
pegawai macam inilah yang kita cari2 amanah dan penuh iltizam dalam melaksanakan tanggungjawab... Aku hormat manusia2 macam ni...
walaupun dah jenuh aku cari kupon meletak kereta yang rata2 agen menjual kupon maklumkan dah 5 hari kupon takde stok.... Majlis pun takde stok!
hidup kekadang selamba
kulop ludin
oleh kerana danny dan orang umah tak berapa sihat Jadi cuti sehari ni aku habiskan Kat rumah sambil melayan cerita nyangkung . .
ada mesej juga cerita tu bukan setakat kelakar seram..
dan melayan fb chat ngan Anak murid.. Untung budak2 la ni.. Bila2 boleh chat ngan boss2 dema.. Time aku dulu jangan harap.. Nak sosial ngan boss pun setahun sekali time hari raya..
esok ada sehari lagi dan Kemudian cuti 2 hari.. Elok sangat rasanya kerana lutut kiri aku semakin sakit kesan terseliuh baru2 ni..
atau kalau danny tahap kesihatannya makin baik mungkin aku akan le lata iskandar kerana salah seorang guru menjemput aku menghadiri majlis perkahwinannya..
dan bakal isterinya adalah bekas Anak murid aku .. Dan bekas Anak muridnya juga..
hidup kekadang selamba
kulop ludin
2011 merupakan permulaan yang memenatkan bagi aku.. Banyak perkara terpaksa aku lakukan dan aku anggap itu semua sebagai cabaran.
di tempat kerja, laptop sudah sangat jarang dibuka.. Masa yang ada aku gunakan sebaiknya memeriksa hasil kerja clients aku.
semenjak danny masuk tahun satu.. Aku terfikir banyak perkara... Harapan dan amanah ibubapa..
aku percaya.. What you give, you get back..
kulop ludin.
spenda pintal getah
meaning is clear.. Anak aku dah mula rasa bagaimana kalau tidak mengikut peraturan dan arahan yang ditetapkan..
suka berjalan ke sana sini.. Tak boleh duduk diam.. So dendanya kena berdiri Kat belakang..
muka toya je... Biar dia belajar sedikit demi sedikit hakikat hidup..
kepada yang berminat nak jadi tokei prepaid samada guna sendiri atau jadi tokei kat tempat hidup masing2, apakata join shafaries ezyreload..
modal daftar rm30 sahaja dan akan dapat kredit rm10 sebagai modal permulaan..
pastikan nombor anda maxis/celcom..
kalau berminat, sms "info" ke 0142584104, laki dan perempuan pun takpe..
kulop ludin
sikit2 lama2, pakai percuma je hset bila kredit dah byk..
semenjak danny masuk sk batu tiga temoh, selera makannya tinggi betul.. Contohnya time rehat pagi tadi, 2 pinggan nasi ayam dia habiskan..(kemudian kat umah dia info kat maknya, dia nak tambah lagi tapi perutnya tak larat)
aku ingat aku sorang je camtu, makcik kantin tu kalau memasak, peh memang terasa masakan rumah sendiri.. Cukup asam garamnya! Payah aku nak kekalkan susuk tubuh yang aku maintain termasuklah orang rumah...
esok, tak pasti pula selera danny macammana...
kulop ludin
spenda pintal getah
sepatutnya gunting rambot.. Tapi ntah ngapa lak hari ramei pulak kastemer,so kansel!
Reactions: |
krojea aku nie takde sempadan....
balik ipoh kali nie, aku banyak mendengar kisah opah dan anak2nye...
kisah lama2, kasih sayang anak2...
nampak sangat uzurnya...
opah aku adalah harta yang paling bernilai2...
semenjak danny ke sekolah, selera makannya tinggi.. Mcm rehat pagi jemaat tadi aku dah mintak dia beratur beli makanan.. Dia beli nasi beriani..
tak cukup, dia nak lagi tapi aku katakan aku dah bungkus 3 untuk bekal balik nanti..
kat umah, danny mintak tambah sedangkan aku beli 3 jea.. Setiap sorang 1..
nampak gayanya lain kali kena tambah le ration satu keluarga..
aku tak dapat nak update hari2..
semakin sibuk dgn urusan kerja..
cumanya aku rasa agak tertekan dengan suasana yang kurang kondusif di tempat kerja...
antara aku dan danny, kami semakin rapat.. Satu permulaan yang baik...
tahun nie aku dapat rasakan perjalanan hidup akan banyak halangan...
namun begitu kaki ini akan terus melangkah tidak kira apa jua jenis halangan.
Semenjak awal skolah nengah aku dah guna odorono.. Itu yang aku tau sebut..malahan sinonim semua mee segera tu megi walopon cintan.
Kemudian bedak.. Cukup gemor aku ngan bedak.. Bila dah pandai ckit aku beralih ke minyak wangi...
Oleh kerana mwangi spray agak mahal so aku beli hat calit2 botol kecik tu.. Udah sama bau pak aji nak gi smayang jemaat... Aku beli roll on.. Byk jenama aku try cuma satu jenama aku tak berapa berani nak cuba.. "malaikat suboh" peh.. Ketor aku pada nama tu, aku rasa sampai la ni ada..
Masa berlalu, kini aku suka bau jp gaultier le male.. Tu pon ada le 2/3 botol yg aku beli.. Leh tahan harganya...
Sekarang, anak aku pulak suka wangi2... Jadi tadi aku ke guardian tapah..ingat ada le stok jp hat jenih ekonomi tapi abih rasanya..so, aku suruh anak aku try mana sesuai.. Hehe, ada satu ayat yg buat aku sengih2.. "bau yang ni kuat sangat bapak"
jadi.. Hugo untuk aku, polo blue untuknya...
"Hidup kekadang selamba"
Kulop Ludin
spenda pintal getah
Nak dapatkan free rasanya tak mampu betul.. So kami kumpul sampai 25 stamp.. Tapi danny nak tupai manakala aku nak tigger.
Pada aku tigger tu kiut tapi kata danny tupai tu ada ekor kontot..
Nampak gayanya turn danny le dulu..
1 stamp bersamaan rm20.. Sekarang dah ada 22 lagi 3 stamp je lagi..
"Hidup kekadang selamba"
Kulop Ludin
spenda pintal getah
kalau ke ch, salah satu tempat yang sempoi adalah memori lane kat area butterfly farm/kea farm .. ateh ckit dari brinchang..
macam2 barang2 lama dema display.. em.... kalau ke tanah rata pagi ni ok gak..dekat jea ikot jalan pahang...
aiseh lupa plak, orang umah dan anak tak berapa sihat.....
aku ingat wat retro shoot pon ok gak....
semua kerja telah selesai malam tadi dan hanya menunggu isnin sahaja..
Nak ke pasar malam, nampak mcm nak hujan nanti payah pula berlari ke sana ke mari so...
Pakai kain pelikat ngan ketang dada saja hari ni..
Sent from my Nokia N8
Jadi aku agak awal memulakan perjalanan bertugas yang mana sebelum ini timing aku tepat2..
Bukan apa.. Mata aku ni tak berapa clear kalau pagi2 tu.. Gelap pula jalannya.. Risau aku kalau2 tak nampak ayam atau kucing melintas..
Kemudian seronok juga ada berteman dalam kereta.. Boleh juga aku sembang2 ngan danny.. Tidak le boring sangat..
Kini orang rumah dan danny mula batuk2 dan selsema.. Aku harap mereka berdua akan segera sembuh..
kulop ludin
Sent from my Nokia phone
kekadang aku pelik henset biasa bukan jenis canggih.. Signal elok pula kalau di banding kan ngan henset aku..
dengan hanya seratus lebih sikit . . Bar signalnya tinggi7 dangkan aku jenuh berlegar2 mencari signal!
hari ni makan kat rest house...
teringin nak pekena steak....
3 perkataan tu pasti merupakan 3 perkataan yang paling istimewa buat aku...
First sms dari danny pada aku, aku ajar sekali sahaja.. Dia dah tahu macammana nak hantar sms untuk kali kedua....
Semalam semasa aku ke kedai hset, tujuannya nak ambek balik nokia n8 atau niknokia aku setelah sebulan aku hantar woksop... Danny nak hset satu, tapi bukan yang touch screen sebabnya aku dah sediakan sony satio untuknya...
Aku pilih yang murah, nokia yang ada lampu suluh.... Aku jangkakan, tak lama lagi hset tu pasti merata2 tempatnya...
La nie, danny asek ber sms ngan maknye.. Terkejut kami berdua...
Makin lama makin banyak yang perlu kami halusi...
Sent from my Nokia phone
Baru 2 hari je ke sekolah.. Agaknye cuaca panas tak menentu...
Aku harapkan esok, kesihatannya akan pulih.. Risau juga...
Sent from my Nokia phone
Reactions: |
sedar tak sedar cuti dah berakhir..
masa untuk berbakti..
rupanya hari sabtu hari tanpa plastik..
jenuh melambak2 dalam kete!
kena tambah pekerja lagi kat mcdonald kampar!!
tiap kali pergi jea mesti dema suruh parking tempat lain..
katanyea ada timer gitu.....
drive through leh tukor parking through!!
hari ni aku daftar anak tahun satu... tapi yang handle semua adalah orang umah, nampak semangat dia... aku? agak risau kerana ini julung2 kalinya aku akan bekerjasama dengan anakku di tempat yang sama...
sepanjang 2 tahun, pra yang lepas..orang umah aku yang hantar pagi2 sedangkan aku kadang2... kini tiba giliran aku.
kadang2 aku pun tak pasti samada aku telah menjalankan tanggungjawab yang baik terhadap isteri dan anak... aku masih mencari rentak bagaimana melayani insan yang disayangi...
semoga anak aku dapat menyesuaikan diri....
jam dah 4 pagi... waktu yang sesuai untuk aku melelapkan mata.....
"SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA WARGA PEMBACA"
Life as is...
Sir Kulop Ludin™