sebenarnya aku dah lama nak baca buku nie.. semenjak tahun 1987 lagi.. masa tu ada bab sejarah dunia.. selain dari otto von bismark ( ntah betoi ke idak ejaannya) adolf nie pun aku berminat nak tahu apa yang ada dalam pala otak dia....
kalau kita tengok dalam history channel... adolf nie dikatakan tak berapa betoi... dalam palanye asek ngan bangsa aryan jea... tapi tu perspektif sebelah musuhnya...
dalam satu forum yg aku baca, ada forumer mengatakan bahawa ada satu ketika adolf menunggu habisnya solat askar2nya yg beragama islam sebelum menyampai ucapan...dan dikatakan adolf nie tidak menyentuh minuman alkohol... perkara tersebut dirahsiakan oleh media barat yg melabelkannya sebagai seorang yang tidak brfikiran waras...
itu aku tak tau.... tak ambek port...
salah satu buku yang aku teringin nak baca adalah "malay dilemma" oleh tun mahathir, mantan pm kita... teringin nak tau ngape le buku tu dihazamkan..
sebelum ini aku menunggu buku tok mat yang kedua tapi tak kesampaian kerana tok mat dah pergi meninggalkan kita....
berbalik kita pada buku nie... tak banyak dapat aku ulaskan.... aku mula membacanya kira2 3 bulan yang lepas...
dan hingga kini... baru 3 mukasurat... tapi takpe la... sebab aku dah menunggu 27 tahun.. apasalahnyea aku mengambil masa 23 tahun lagi untuk menghabiskannya.....
yang penting, impian tercapai....
life as is!
Published with Blogger-droid v1.6.3
No comments:
Post a Comment