Kebetulan aku belum lagi membayarnya.. Kekadang bebenda camni memang leh terlupa.. Orang lebih ingat bila masa nak beli baju raya berbanding membayar zakat.. Jadi aku membereskan semua dengan nilai rm21 tunai...
Pada masa yang sama ada aku perhatikan budak dari sekolah agama mana ntah sedang pegang kotak lut sinar kutip derma sekolah..
Aku tak berapa gemar pihak tertentu gunakan penghuni mereka terutama bebudak kecil untuk mintak derma2 camni.. Pada aku, belum waktunya lagi..
Kesian aku tengok budak tu berdiri jea bebulan puasa ni..
Apa gunanya duit zakat (bukan sedikit kalau semua warga islam perak membayarnya) berjuta2 tiap tahun... Sepatutnya pihak pengurusan sekolah2 agama atau anak yatim cari jalan bagi mendapatkan bantuan daripada kutipan hasil zakat tu...
Benda ni tidak pula diperjuangkan oleh mana2 pihak tertentu... Agaknya takde nilai politik...
Selamat berpuasa dan tak lama lagi akan berhari raya... Dari kulop ludin.
*segera2 kan membayar zakat... Peringatan ikhlas dari kulop ludin untuk semua...