hari ni aku ke tf supermarket di teluk intan. Hajatnya nak cari seluar jerut..-yang ada ni dah loose getahnya-nak dipintal dengan getah rasanya dah takda tempat nak pintal!
Sejak dari kecik aku memang tak biasa nak pakai spenda2 ni..-aku rasa rimas-terkepung-tidak bernafas..selamba je aku bebas dan tergantung.
Badan aku mula naik..-ketika aku darjah 3-sebetul selepas datuk aku meninggal dunia-agaknya rasa bebas kut..aku takut ngan datuk aku lepas aku kena kejar keliling rumah. Satu hari tu aku malas ke sekolah-lagipun sekolah dah nak tutup-bukannya belajar pun-tapi datuk aku berkeras juga suruh aku ke sekolah-3 round aku keliling rumah...entah camne datuk aku ada kederat sedangkan dia ada sakit jantung! Iskh takleh lupa aku bagaimana tak cukup tanah dibuatnya-sejak itu aku pun rajin ke sekolah.
Sejak lama dulu aku ada masalah size baju-seluar-seluar jerut.segalanya kena bertempah terutamanya seluar.. Tapi la ni dah ada bahagian jual baju dan seluar size besor2.. Harganya besar2 juga macam satu lagu tu yang besar2 saja..
Teringin aku nak sarungkan pantelon2 berjenama tapi apakandaya kalau lepas kaki.-sangkut lak kat peha ngan pinggang..aku takut kalau dipaksa pakai.-kalau butang tu tercabut dan terpelanting masuk ke dalam pinggan orang ketika aku tengah makan2..alangkah haru jadinya.
Untuk 2010.. Size pantelon aku dah berkurangan 2 inci.. Patotla tiap kali aku berjalan.-terpaksa aku tarik2 pantelon aku ke atas.. Pernah sekali ngam2 buka pintu rumah.-pantelon aku lucut.-tak sempat aku selamatkan sebab pada masa tu aku tengah angkat kotak rasanya.-haru.
Aku jadi phobia ngan size2 nie sebabnya nak kurang tu payah tapi nak menambah nya memang mudah.-semudah petik jari..
Salah satu azam tahun baru aku ialah mengurangkan berat badan..bermula isnin nie sebabnya tadi semasa di teluk intan.-aku dah singgah di mekdonat dan beli burger baru tu.-peh sedap betoi daging disirami sos lada hitam...dagingnya lembut dan mesra betoi dengan sosnya sekali.. (baru lepas makan burger tu jap tadi)
nilai murni: kurangkan lemak dalam makanan.-kalau free.-balun jea...

kulop ludin
spenda pintal getah
4 comments:
baru minggu lepas aku tf teluk intan.
baru minggu lepas ke mekdonat, rasa daging disiram sos lada hitam
Baru minggu lepas juga terjadi seluar yang hampir terlucut kerana berkurangan saiz
ha ha ha banyaknya kebetulan
huhu....
itu kiranya berjodoh kalau ikot dialog cete2 cene....
agoknye, 2009 tu tahun lucut segala!!
Carik kat KL murah-murah je yob, kat Jln TAR. Naik komuter jewr murah dan selesa(selamat gak ah dari bas)Hehehe
teman nie.. paling jauh pon tg malim jea... haha...
nenanti teman belajor mcm mike cakap tu...
belajor2 naik komuter....
Post a Comment